Pages

Sunday, 8 December 2013

Tarikh Tutup Penyertaan Pertandingan Mereka Cipta Pakaian Korporat dan Baju Batik SPACSU

 
PERHATIAN...

 
Tarikh tutup Pertandingan Mereka Cipta Pakaian Korporat dan Baju Batik SPACSU dilanjutkan sehingga
31 Disember 2013
Keterangan lanjut sila rujuk posting terdahulu
 
Selamat mencuba dan semoga berjaya.....

 


Tuesday, 26 November 2013

Pertandingan Persahabatan 10 Pin Bowling


SPACSU akan mengadakan Pertandingan Persahabatan 10 Pin Bowling pada 14 Disember 2013 bersamaan dengan hari Sabtu, bermula dari jam 8.00 pagi sehingga selesai, bertempat di CPS Bowling Centre, Kota Kinabalu.  Yuran penyertaan adalah sebanyak RM150.00 sahaja dan terhad kepada tiga (3) orang peserta (lelaki/perempuan) untuk 1 kumpulan.

Pertandingan persahabatan ini adalah terbuka kepada semua Jabatan, Cawangan dan IPD-IPD.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi PUAN SAPARIAH BINTI SININ, Presiden SPACSU di talian 088-454602. 

Majlis Ukhuwah dan Perpisahan


SPACSU akan mengadakan Majlis Ukhuwah dan Perpisahan bagi merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli dan juga untuk meraihkan pegawai awam yang telah bersara.
 
Ahli SPACSU dialu-alukan untuk menjayakan majlis yang bertemakan 'Masquerade Party' ini.  Pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan, cabutan tiket bertuah dan banyak lagi menanti anda.
Kepada yang berminat, bayaran sebanyak RM50.00 sahaja dikenakan.
 
Sila berhubung terus dengan PUAN DAYANGKU SUZULIANAH PG SALLEH, AJK Biro Sosial di talian 088-454220 atau CIK JESSICA PAIJI di talian 088-454777 untuk keterangan lanjut.

Thursday, 14 November 2013

Pertandingan Mereka Cipta Pakaian Korporat dan Baju Batik SPACSU

 
Tujuan dan Matlamat Pertandingan
 
Memberi peluang kepada semua pegawai awam dalam mencetuskan idea yang kreatif yang boleh diketengahkan dalam reka bentuk dan penghasilan Pakaian Korporat dan juga Baju Batik SPACSU PDRM.
 
Untuk melahirkan daya saing dan pemikiran sihat antara peserta dalam menghasilkan reka bentuk Pakaian Korporat dan Baju Batik dengan beridentitikan pegawai awam PDRM.

Selain itu, pertandingan ini juga diadakan bagi menyahut saranan YDH Datuk Wira Hj. Hamza Bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung SPACSU Kali Ke-2 pada 30 September 2013 yang lalu supaya pegawai awam PDRM memakai baju korporat sekali dalam seminggu.
 
Syarat-syarat dan Peraturan Pertandingan
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan perkhidmatan tadbir dan awam PDRM Kontinjen Sabah.
  2. Semua reka cipta hendaklah melambangkan identiti / imej korporat SPACSU.
  3. Setiap reka cipta hendaklah disertakan logo SPACSU (di sebelah kiri) dan perlu memberi contoh lakaran bagi pakaian lelaki dan wanita.
  4. Semua ciptaan hendaklah asli dan tidak akan dikembalikan serta menjadi hak milik SPACSU.
  5. Reka cipta hendaklah menggunakan tidak lebih dari dua (2) warna (kecuali warna-warna logo SPACSU).
  6. Reka cipta boleh dilakar secara 'free hand' atau menggunakan grafik komputer.
  7. Reka cipta hendaklah dihantar dalam bentuk cetakan di atas kertas A4.
  8. Penyertaan adalah PERCUMA.  Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Setiap penyertaan perlu dinyatakan butiran Nama, Nombor PF, Tempat bertugas dan Nombor Telefon.
  9. Pemenang hanya layak menerima satu (1) hadiah sahaja.
  10. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos bahan lukisan yang dihantar oleh peserta.
  11. Keputusan pertandingan akan dibuat oleh Jemaah Pengadil yang akan dilantik adalah muktamad.  Pemenang akan dimaklumkan secara bertulis dan akan diumumkan dalam blog SPACSU.
  12. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2013.
 
Hadiah
 
Pemenang kategori Baju Korporat akan menerima wang tunai RM200.00 + Sijil + Baju Korporat
Pemenang kategori Baju Batik akan menerima wang tunai RM200.00 + Sijil + Baju Batik
 
Sila hantar penyertaan yang telah lengkap beserta lakaran kepada:
 
Encik Kassim Bin Muyang, Biro Ekonomi,
Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah
88560 KOTA KINABALU


Wednesday, 13 November 2013

GOTONG ROYONG PERDANA

Pada 13 Oktober 2013 yang lalu, SPACSU telah bersama-sama menjayakan aktiviti Gotong Royong Perdana Masjid Negeri, Sembulan atas undangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

 Presiden bersama ahli Majlis Jawatankuasa SPACSU yang turun padang menjayakan aktiviti ini.

"Pergi mendaki Gunung Daik,
Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bergotong royong amalan baik,
Elok diamal setiap masa"



Wednesday, 30 October 2013

Sekitar Majlis Dialog Sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SPACSU Kali Ke-2


Pada 30 September 2013, bertempat di Mes Pegawai Kanan, IPK Sabah, telah berlangsung Majlis Dialog Pegawai Awam PDRM Sabah bersama YDH Senior DCP Dato' Pahlawan Hj. Hamza Bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SPACSU kali Ke-2 untuk sesi 2013/2015.
 
 Sesi Pendaftaran

Majlis Jawatankuasa Kerja SPACSU Sesi 2011/2013
 
YDH SENIOR DCP Dato' Pahlawan Hj. Hamza Bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah menyampaikan ucapan amanat kepada semua pegawai awam yang hadir.
 
 
Sesi Dialog
 

Majlis Jawatankuasa Kerja SPACSU yang baru dilantik bagi sesi 2013/2015 bergambar bersama pucuk pimpinan PDRM Kontinjen Sabah.
 



 

Blogger news

Blogroll

About