Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Polis Sabah (SPACSU) diketuai oleh Presiden kesatuan, Puan Hajah Sapariah Bte Sinin telah mengadakan sesi penerangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort pada 5 Mac 2014 yang lalu. Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan kesatuan agar para pegawai awam di IPD Beaufort lebih peka tentang kewujudan kesatuan ini.
Puan Hajah Sapariah Bte Sinin, Presiden SPACSU menyampaikan cenderahati kepada Ketua Bahagian Logistik Daerah Beaufort selaku wakil Ketua Polis Daerah Beaufort.
Seramai 12 orang pegawai awam IPD Beaufort telah mendaftar sebagai ahli kesatuan. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.
Pihak SPACSU juga mengambil kesempatan memberi bantuan berupa sumbangan kepada 13 orang pegawai awam IPD Beaufort yang terlibat dengan banjir yang lalu. Diharapkan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung.
No comments:
Post a Comment