Tujuan dan Matlamat Pertandingan
Memberi peluang kepada semua pegawai awam dalam mencetuskan idea yang kreatif yang boleh diketengahkan dalam reka bentuk dan penghasilan Pakaian Korporat dan juga Baju Batik SPACSU PDRM.
Untuk melahirkan daya saing dan pemikiran sihat antara peserta dalam menghasilkan reka bentuk Pakaian Korporat dan Baju Batik dengan beridentitikan pegawai awam PDRM.
Selain itu, pertandingan ini juga diadakan bagi menyahut saranan YDH Datuk Wira Hj. Hamza Bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung SPACSU Kali Ke-2 pada 30 September 2013 yang lalu supaya pegawai awam PDRM memakai baju korporat sekali dalam seminggu.
Selain itu, pertandingan ini juga diadakan bagi menyahut saranan YDH Datuk Wira Hj. Hamza Bin Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung SPACSU Kali Ke-2 pada 30 September 2013 yang lalu supaya pegawai awam PDRM memakai baju korporat sekali dalam seminggu.
Syarat-syarat dan Peraturan Pertandingan
- Pertandingan ini terbuka kepada semua kakitangan perkhidmatan tadbir dan awam PDRM Kontinjen Sabah.
- Semua reka cipta hendaklah melambangkan identiti / imej korporat SPACSU.
- Setiap reka cipta hendaklah disertakan logo SPACSU (di sebelah kiri) dan perlu memberi contoh lakaran bagi pakaian lelaki dan wanita.
- Semua ciptaan hendaklah asli dan tidak akan dikembalikan serta menjadi hak milik SPACSU.
- Reka cipta hendaklah menggunakan tidak lebih dari dua (2) warna (kecuali warna-warna logo SPACSU).
- Reka cipta boleh dilakar secara 'free hand' atau menggunakan grafik komputer.
- Reka cipta hendaklah dihantar dalam bentuk cetakan di atas kertas A4.
- Penyertaan adalah PERCUMA. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Setiap penyertaan perlu dinyatakan butiran Nama, Nombor PF, Tempat bertugas dan Nombor Telefon.
- Pemenang hanya layak menerima satu (1) hadiah sahaja.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos bahan lukisan yang dihantar oleh peserta.
- Keputusan pertandingan akan dibuat oleh Jemaah Pengadil yang akan dilantik adalah muktamad. Pemenang akan dimaklumkan secara bertulis dan akan diumumkan dalam blog SPACSU.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2013.
Hadiah
Pemenang kategori Baju Korporat akan menerima wang tunai RM200.00 + Sijil + Baju Korporat
Pemenang kategori Baju Batik akan menerima wang tunai RM200.00 + Sijil + Baju Batik
Sila hantar penyertaan yang telah lengkap beserta lakaran kepada:
Encik Kassim Bin Muyang, Biro Ekonomi,
Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah
88560 KOTA KINABALU
No comments:
Post a Comment