Pages

Friday, 14 February 2014

SESI PENERANGAN SPACSU DI IPD PENAMPANG

Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Polis Sabah telah mengadakan Sesi Penerangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang pada 14 Februari 2014 (Jumaat).  Rombongan SPACSU daripada IPK Sabah diketuai oleh Puan Hjh, Sapariah Bt Sinin, Presiden SPACSU Sabah dan  disertai beberapa Majlis Jawatankuasa Kerja dan juga Ahli Jawatankuasa Kecil SPACSU.

Seramai 15 orang pegawai awam IPD Penampang telah mendaftar menjadi ahli kesatuan.  Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli baru SPACSU.  


Puan Hjh. Sapariah Bt Sinin menyampaikan cenderahati kepada DSP Rathan Kumar Singh. Ketua Polis Daerah Penampang.  Ucapan terima kasih yang tidak terhingga pihak SPACSU kepada beliau di atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan.

Puan Presiden dan sebahagian Majlis Jawatankuasa Kerja sempat mengabdi kenangan bersama dengan Ketua Polis Daerah Penampang.

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

About