Program Ramah Mesra Presiden SPACSU bersama pegawai awam PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan telah berlangsung pada 11 Februari 2014 yang lalu di IPD Sandakan. Program yang juga dikenali sebagai Jelajah SPACSU ini memberi peluang kepada semua pegawai awam di IPD Sandakan untuk beramah mesra dengan Presiden SPACSU dan juga peluang untuk mengemukakan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh pegawai-pegawai awam di IPD Sandakan.
Puan Hjh. Sapariah Bt Sinin, Presiden SPACSU menyampaikan cenderahati kepada YDH ACP Rehwell Marung @ Rowel, Ketua Polis Daerah Sandakan.
No comments:
Post a Comment