Majlis Jawatankuasa Kerja SPACSU diketuai oleh Puan Hajah Sapariah Bte Sinin telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YDH DCP Dato' Abdul Malek Bin Hj. Harun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah pada 13 Mac 2014.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk beramah mesra dengan YDH Dato' Timbalan PJP di samping berkongsi maklumat mengenai kesatuan.
Kehadiran Majlis Jawatankuasa Kerja SPACSU disambut mesra oleh YDH Dato'.
Majlis Jawatankuasa Kerja yang turut serta dalam kunjungan hormat tersebut. Semoga kemesraan yang terjalin dengan YDH Dato' dapat menjadi sandaran SPACSU untuk terus maju ke depan.