Pages

Thursday, 29 May 2014

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS JAWATANKUASA KERJA SPACSU KE PEJABAT YDH SDCP DATUK WIRA HJ. HAMZA BIN HJ. TAIB, PESURUHJAYA POLIS SABAH



Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Polis Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YDH SDCP Datuk Wira Hj. Hamza bin Hj. Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah pada 23 April 2014 yang lalu.  


YDH SAC Dato' Noor Azam bin Jamaludin, Ketua Jabatan Pengurusan turut hadir dalam kunjungan hormat ini.

YDH Datuk Wira khusyuk mendengar penerangan daripada Puan Hjh Presiden.





Puan Hjh Presiden menyampaikan cenderahati kepada YDH Datuk Wira PJP Sabah. 






Friday, 23 May 2014

SESI PENERANGAN SPACSU KEPADA PEGAWAI AWAM CAWANGAN PERLESENAN IPK

Majlis Jawatankuasa Kerja Biro Sosial, Puan Dgku Suzulianah bte Pg. Salleh dan Biro Kebudayaan dan Kesenian, Encik Sukri bin Tahir bersama-sama dengan Presiden SPACSU, Puan Hajah Sapariah bte Hj. Sinin telah mengadakan sesi penerangan kepada pegawai-pegawai awam Cawangan Perlesenan IPK pada 23 Mei 2014 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Kewangan IPK.

Sekitar sesi penerangan

Biro Kebudayaan dan Kesenian, Encik Sukri bin Tahir menurunkan tandatangan sebagai pencadang.

Seramai lima orang pegawai awam Cawangan Perlesenan telah hadir ke sesi penerangan ini dan mendaftar sebagai ahli SPACSU.  Terima kasih dan tahniah diucapkan di atas sokongan yang diberikan.

Thursday, 22 May 2014

SESI LATIHAN UNTUK PERSEMBAHAN SEMPENA PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM PDRM BERSAMA KETUA POLIS NEGARA

Latihan persembahan oleh pegawai-pegawai awam yang akan mewakili Kontinjen Sabah ke Perhimpunan Pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara sempena Sambutan Hari Polis Ke-207 tahun 2014 yang akan diadakan pada 28 Mei 2014 hingga 31 Mei 2014 di Bukit Gambang Water Part Resort, Kuantan Pahang.

Sesi latihan ini bermula dari 21 Mei 2014 hingga 27 Mei 2014 bertempat di Pavilion Sukan IPK.


Wednesday, 21 May 2014

PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-207 TAHUN 2014

Bersempena dengan sambutan Peringatan Hari Polis yang Ke-207 tahun 2014, program derma darah telah diadakan pada 20 Mei 2014 jam 9.00 pagi di Ruang Legar Pusat Membeli Belah Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu.

SPACSU tidak ketinggalan menjayakan program ini. Puan Presiden bersama beberapa Majlis Jawatankuasa Kerja dan Ahli Jawatankuasa telah turut serta dalam program ini memberi sokongan.






























Gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.  Terima kasih kepada yang sudi menderma.  Sesungguhnya amalan sukarela ini adalah terpuji dan tidak ternilai.

Info :-

12 kebaikan dan kepentingan menderma darah.

1. Anda boleh menyelamatkan nyawa

Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima. 

2. Lebih mengetahui darah anda

Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.

4. Penyakit kronik

Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit. Satu - satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten. Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?

5. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan

Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

6. Mudah dan selamat

Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.

7. Meneruskan kehidupan normal

Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon - hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat - sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

8. Mengurangkan risiko strok otak

Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 - 85%!

9. Membakar kalori

Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

10. Warga emas rasa lebih bertenaga

Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.

11. Kepuasan

Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.

12. Menjadi lebih produktif dan berkesan

Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 - 72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar. Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.

SESI PENERANGAN SPACSU DI IPD TUARAN

Sesi Penerangan SPACSU di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran telah diadakan pada 19 Mei 2014 jam 2.30 petang.

Rombongan SPACSU IPK diketuai oleh Biro Ekonomi, Encik Kassim Muyang.  Ketibaan rombongan disambut mesra oleh warga pegawai awam IPD Tuaran.

Gambar sekitar sesi penerangan

Sesi penerangan mendapat respon yang menggalakkan daripada pegawai awam IPD Tuaran.  Kini keahlian SPACSU bertambah dengan pendaftaran seramai 11 orang pegawai awam IPD Tuaran.

Tahniah kepada warga pegawai awam IPD Tuaran dan terima kasih atas sokongan anda.

SELAMAT HARI JADI PUAN PRESIDEN






















"Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Puan Presiden
Selamat Hari Jadi..."

April yang lepas merupakan bulan kelahiran Puan Presiden SPACSU yang ke (?) 

*biarlah rahsia* 
:D

Semoga Puan Presiden dimurahkan rezeki dan sihat walafiat.  Dan mudah-mudahan SPACSU terus maju dan cemerlang dibawah pimpinan Puan Presiden. 

Terima kasih kepada Biro Sosial, Puan Dgku Suzulianah Bte Pg. Salleh, Biro Latihan & Prestasi Tinggi, Cik Rina Katrina Bte Rusli dan Biro Agama & Kerohanian, Encik Irwan BinYusof dan semua MJK & AJK yang terlibat dalam Surprise Birthday Celebration ini.



PROGRAM LAWATAN AMAL KE HOSPITAL LIKAS SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE 207 TAHUN 2014

Sempena Peringatan Hari Polis yang ke-207 tahun 2014, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah telah mengatur pelbagai program.  Antaranya adalah program lawatan amal ke Hospital Likas, Kota Kinabalu. 

Program ini telah diadakan pada 6 Mei 2014 dan turut dijayakan oleh Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Polis Sabah (SPACSU).

Kelihatan dalam gambar Setiausaha SPACSU, Cik Sabariah Bte Makun dan Bendahari SPACSU, Puan Saimah Bte Manik sedang mengagih-agihkan sumbangan kepada pesakit di wad kanak-kanak Hospital Likas.

Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dipikul.

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL SPACSU

Pada 25 April 2014 bersamaan dengan hari Jumaat, jam 4.00 petang telah berlangsung perlawanan Futsal di antara pegawai awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dengan pegawai awam Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang.  Perlawanan persahabatan ini telah diadakan di Dewan Futsal Penampang dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita.

Para pemain kategori wanita


Para pemain kategori lelaki

Bagi kategori lelaki, dimenangi oleh pegawai awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.  Manakala bagi kategori wanita, dimenangi oleh pegawai awam Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang.

Syabas!!!
 

Blogger news

Blogroll

About