Presiden SPACSU bersama beberapa Majlis Jawatankuasa Kerja SPACSU telah mengadakan kunjungan mesra ke pejabat YDH Dato' Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah pada 25 Februari 2014.
Kunjungan mesra ini bertujuan untuk beramah mesra dengan Ketua Jabatan Pengurusan disamping memperkenalkan barisan MJK SPACSU sesi 2013/2015.
Puan Hjh Sapariah Bte Sinin, Presiden SPACSU menyampaikan cenderahati kepada YDH SAC Dato' Noor Azam Bin Jamaludin, Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Kontinjen Sabah.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YDH Dato' Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Sabah di atas kesudian menerima kunjungan mesra MJK SPACSU.